• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Isu kalimah Allah 'S.A.W'...Artis popular mohon maaf

Penyanyi popular, Shazrina Azman, 30, atau Mizz Nina memohon maaf berhubung kesilapan membabitkan ucapan penghargaan dalam album terbarunya, Take Over, yang dipasarkan Mei lalu.

Kesilapan sewaktu merakam rasa syukur terhadap kelahiran album terbabit dan disiarkan dalam kulit album Take Over mencetuskan kontroversi apabila perkataan yang sepatutnya ditulis Allah SWT dicatat sebagai Allah SAW.

Kesilapan itu berlaku dalam ayat "I would like to say thank you to Allah SAW (saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SAW)".

Walaupun album itu sudah lama dipasarkan, kesilapan dilakukan pihak pengurusan Mizz Nina dibangkitkan apabila ia dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) bagi kategori Cover Album Terbaik.

Akibat kesilapan itu, Mizz Nina menerima kecaman daripada peminat berita hiburan tempatan, seterusnya mempertikaikan pencalonan album berkenaan.

Ketika dihubungi, Mizz Nina enggan mengulas panjang mengenai perkara terbabit, tetapi dengan rendah hati mengakui ia ‘satu kesilapan jujur’.

“Saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan akan memastikan kesilapan sama tidak berulang lagi,” katanya yang kini tampil dengan single terbaru, Summer Burning.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran AIM19, Rosmin Hashim menjelaskan, pihaknya tidak menyedari isu dibangkitkan ketika pencalonan album berkenaan.

“Setahu saya, sewaktu proses penjurian, tiada juri membangkitkan isu berkenaan dan pada kami, ini kali pertama pihak AIM mendengar mengenai kesilapan yang berlaku,” katanya.

Begitupun, kata Rosmin, sepanjang pengadilan dibuat membabitkan kategori Cover Album Terbaik AIM19, pihak juri melihat daripada sudut teknikal, termasuk reka letak dan foto dihasilkan penyanyi dalam album dipertandingkan. “Ia satu kategori di mana penilaian dibuat secara teknikal dan juri tidak melihat perkataan yang tertera pada kulit album, termasuk lirik mahupun kata-kata penghargaan.

Disebabkan itu, kesilapan dilakukan Mizz Nina sehingga dijadikan isu tidak disedari mereka,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail