• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Seorang Ayah Ampuni Pembunuh Anaknya Jika Hafal Al Quran

Si pembunuh, Faisal al-Ameri, mencium dahi Rabi'ah al-Dousary, ayah kepada pemuda yang dibunuhnya, setelah memberinya pengampunan jika ia mampu menghafal Quran. 

 Seorang ayah di Saudi berniat mengampunkan pembunuh anaknya jika ia berjaya menghafal Al-Quran, sebuah akhbar tempatan melaporkan pada hari Sabtu.


Rabi'ah al-Dousary, ayah si pemuda yang meninggal kerana dibunuh bernama Abdullah, berjanji untuk mengampuni si pembunuh, Faisal al-Ameri, jika ia berjaya menghafal semua Al-Qur'an sebelum meninggalkan penjara, surat khabar Saudi al-Yawm melaporkan, sebagaimana dilaporkan di alarabiya.net.

Ameri dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Dousary saat terjadi pertengkaran yang meletus di persekitaran mereka.

Jawatankuasa Tinggi Mahkamah di Wilayah Timur Kerajaan telah memujuk ayahnya untuk memaafkan dan mengampuni Ameri. Si ayah, yang menolak untuk menerima wang penebus atau diyat, namun ingin mengajarkan Ameri pelajaran yang jauh lebih berharga, berkeras dengan satu syarat: si pembunuh hendaklah sepenuhnya menghafal Al-Quran sebelum pembebasan dari penjara.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail