• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Doktor cantik perlu belaian 'anak ikan'

DIDI, 32, (bukan nama sebenar) pernah menjadi anak ikan secara tidak sengaja apabila berkenalan dengan wanita bernama Camelia di laman sosial. Menurut Didi, perkenalan itu secara tidak sengaja apabila dia menyapa seorang kenalan menerusi laman sembang ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, lebih 10 tahun lalu.

“Dalam laman itu, saya tidak tahu bagaimana dan dengan siapa saya bersembang. Saya hanya memilih berdasarkan nama wanita.“Apabila melihat nama Camelia, saya cuba berbual dengannya dan ternyata mendapat perhatian,” katanya.

Menurut Didi, perkenalan mereka terjalin dalam tempoh singkat apabila daripada perbualan biasa, ia beralih kepada cerita berbaur seks dan lucah.Tidak sampai dua minggu, hubungan mereka berdua menjadi akrab apabila mula bertukar-tukar gambar dan mengajak untuk berjumpa.

“Menerusi gambar, Camelia memang cantik, membuatkan saya terpikat padanya. “Bekerja sebagai doktor, dia memberitahu menghadapi masalah dengan suaminya dan dahagakan belaian lelaki.“Kerana suka perwatakannya, saya menawarkan diri menjadi kekasih gelapnya.
“Malah, ketika kali pertama berjumpa, pertemuan kami berakhir dengan hubungan seks,” katanya.Didi berkata, bermula detik itu dia menjadi lelaki simpanan atau anak ikan Camelia apabila sering berjumpa dan melampiaskan nafsu sama ada di dalam kereta atau bilik hotel.

Menurut Didi, hidup sebagai lelaki simpanan Camelia sangat mewah berikutan wanita itu tidak kedekut dan sering memberi wang.Malah segala yuran pengajian, perbelanjaan bulanan serat duit sewa semuanya ditanggung.Malah, akui Didi, wanita berkenaan pernah menawarkan kereta kepadanya bagi memudahkan mereka berjumpa.

“Namun saya tolak kerana tidak mahu keluarga syak. Saya hanya minta dia gantikan motosikal lama saya dengan yang baru.“Malah, boleh dikatakan setiap kali berjumpa, Camelia memberikan duit antara RM300 hingga RM500. Dalam tempoh sebulan, kami berjumpa lapan hingga sembilan kali, di mana ada kalanya saya mendapat lebih RM2,000 sebulan,” katanya.

Menurutnya, hubungan dengan Camelia bertahan hanya dua tahun sebelum dia kembali ke kampung halaman sebaik menamatkan pengajian.Malah, walaupun kini berumah tangga dan mempunyai seorang anak, Didi mengakui sukar melupakan Camelia selain pernah cuba menghubunginya.

“Sebelum memutuskan hubungan, saya berbincang dengannya dan kami berpisah secara baik. “Cuma sepanjang hidup sebegitu, perasaan saya berat sebab sentiasa teringatkannya. Saya cuba menghubunginya tapi tak berbalas,” katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail