• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Hukum Memberi Hadiah Kepada Pengantin Baru

Secara umumnya yang kita lihat kebanyakkan hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan akan memberikan hadiah kepada para pengantin. Hadiah ini kebiasaannya diberikan oleh kenalan rapat mahupun sanak saudara.

Selain itu ada juga turut memberikan hadiah dalam bentuk wang sumbangan. Perkara ini tidak salah dan tidak bertentangan dengan agama Islam. Bukankah memberi hadiah itu antara satu perkara yang baik.
Secara umumnya memberikan hadiah merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Rasulullah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]

Oleh itu dibolehkan memberi hadiah kepada pengantin semasa majlis perkahwinan mereka. Sebaik-baiknya dipilih hadiah yang bermanfaat seperti al-Qur’an, tafsir al-Qur’an, kitab-kitab hadis dan buku-buku agama yang ilmiah, baik dalam bahasa Arab, Melayu, Indonesia atau Inggeris.

Hadiah-hadiah seperti ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pengantin untuk jangka masa yang lama. Selagi mana ia dipelajari dan dipraktikkan, pahalanya akan terus mengalir kepada mereka dan kepada orang yang menghadiahkannya.

Penulis perhatikan ada kecenderungan masyarakat untuk menghadiahkan set gelas air atau cawan teh (coffee and tea set) kepada pengantin. Sebegitu lazim kecenderungan ini sehingga akhirnya bersusun set gelas dan cawan di rumah pengantin.

Ia tidak dimanfaatkan dan hanya memenuhi ruang almari dapur. Oleh itu apabila hendak membeli hadiah, pilihlah hadiah yang bermanfaat lagi tersendiri sehingga anda akan diingati oleh pengantin atas keistimewaan hadiah yang anda berikan itu.

 Islam Itu Suci - Sebenarnya ia terpulang kepada kita sama ada untuk memberi hadiah mahupun tidak. Namun berikanlah mereka hadiah berupa bentuk yang boleh memberikan mereka manfaat terhadap pasangan itu nanti. Elakkan memberi hadiah yang membolehkan mereka lalai dan sebagainya. Seeloknya seperti bahan bacaan seperti buku dan sebagainya...

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail