• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki tukar jantina kerana hutang

Seorang lelaki di West Midlands yang dilaporkan berhutang £50,000 (RM248,318) bertindak nekad menjalani pembedahan menukar jantina bagi mengelakkan dirinya daripada ‘dikejar’ pemiutang.


Media tempatan melaporkan, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan, menanggung sejumlah hutang yang besar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan menukar identiti sepenuhnya.

Pelakon Sarah Thom yang mendedahkan perkara itu kepada media dengan berkata, beliau mendapat tahu mengenai lelaki terbabit selepas bercakap dengan kakitangan di Wolverhampton Credit Union ketika membuat kajian untuk watak sebagai seorang ‘pembersih hutang’ dalam satu rancangan berbentuk permainan berjudul Forever in Your Debt.

Sarah berkata, dia menemui pekerja kesatuan itu yang memberinya pelbagai maklumat kewangan dan pinjaman kepada anggotanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail