• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pertumbuhan anak terbantut kerana gagal diberi susu ibu


Kebantutan pertumbuhan kanak-kanak bukan saja kesan daripada keadaan ekonomi yang buruk ibu bapa mereka, tetapi juga disebabkan kegagalan menyusukan susu ibu ketika perkembangan awal, dakwa pakar Motivasi Pemberian Makan Bayi dan Anak (PMBA).


Endang Sri Budiyani dari Klaten, Jawa Tengah yang telah mendidik orang ramai di daerahnya selama 10 tahun mengenai kepentingan penyusuan ibu untuk bayi hingga usia enam bulan berkata, ketidakmampuan memberi penyusuan ibu disebabkan oleh ibu itu bekerja. 

“Kebanyakan ibu yang bekerja memilih untuk memberikan susu buatan kilang kerana bebanan kerja,” katanya. Dia adalah seorang daripada 30 pakar motivasi yang dipilih UNICEF dan Kesatuan Eropah (EU) dalam projek pilot untuk misi Inisiatif Keselamatan Nutrisi Kanak-Kanak dan Ibu (MYCNSIA).

Menurutnya, dalam kes ini, faktor ekonomi bukan lagi menjadi alasan atas kebantutan pembesaran kanak-kanak. Nutrisi yang tidak seimbang ketika tahap perkembangan juga menjadi faktor. - kompas.com


1 comment:

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

Follow p a a p a a d a by e-mail