• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ustaz rancangan 'realiti' jalin hubungan dengan janda dan wanita siam

Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.

Ustaz yang berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.

Kemuncak drama gila lelaki terbabit berlaku apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu. Dia menunggu di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.

Bimbang keselamatan ibu mentua, adik iparnya menghubungi polis sebelum situasi itu dileraikan. Menurut adik iparnya yang enggan dikenali, lelaki itu mula berubah sikap selepas tamat rancangan realiti TV berkenaan menyebabkan rumah tangga mereka mula bermasalah.

Difahamkan dia mencari alasa mahu berpisah dengan menuduh isteri dan keluarga mentuanya mempunyai saka menyebabkan mereka tidak mendapat zuriat.

Katanya, keadaan itu dikeruhkan dengan penemuan SMS dihantar kepada tiga wanita berasingan sehingga menimbulkan syak isterinya sejak beberapa bulan lalu.

"Menerusi SMS itu, kakak saya mendapat tahu dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain iaitu janda anak tiga, wanita Siam dan seorang peminatnya yang meminta dia mencarikan jodoh"

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail