• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Menteri pengsan ketika 'projek' dengan budak sekolah

Gara-gara mengambil terlalu banyak pil Viagra, seorang menteri Kabinet Malawi dilaporkan jatuh pengsan ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang juga seorang remaja yang masih bersekolah. 

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel melibatkan Menteri Pertahanan Malawi, Ken Kandodo.

Selepas tidak sedarkan diri, remaja perempuan itu kemudiannya memanggil kakitangan hotel. 

Ken kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketika di hospital, Ken juga dilaporkan terus mengalami ereksi susulan pil Viagra yang diambilnya itu. 

Bagaimanapun, beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu berita yang sengaja disensasikan. 

Ken juga menafikan dia telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan dan tidak pernah mendaftar masuk ke hotel tersebut. 

"Itu semua pembohongan. Saya sihat dan tidak pernah pengsan,'' katanya ketika menafikan laporan berkenaan. 

Pihak pengurusan hotel bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan demi privasi pelanggan mereka.







1 comment:

Anonymous said...

Menteri pertahanan Malawi tu nak uji peluru berpandu yang dia order, boleh tahan atau meletup dalam penerbangan. Kes scorpene pun lebih kurang macam tu juga agaknya, samada torpedo nya boleh lawan negara musuh macam Mongolia atau tidak.Kah,kah,kah.

Follow p a a p a a d a by e-mail