• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pegawai agama rasuah RM380juta

Satu kes salah laku rasuah di Kementerian Hal Ehwal Agama semalam terbongkar selepas ketua penyiasat di kementerian itu mendedahkan pegawai di Kantor Urusan Agama (KUA) melesapkan 1.2 trilion rupiah (RM379 juta) setahun daripada pendaftaran perkahwinan.

Ketua penyiasat kementerian itu, M Jasin yang juga bekas Pengerusi Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) mendedahkan beberapa pegawai KUA sering meminta wang tunai tambahan daripada pasangan yang ingin mendaftar perkahwinan mereka.

Jasin berkata, KUA mengenakan yuran pentadbiran RM9.51 terhadap satu pasangan untuk merekod perkahwinan mereka, tetapi dalam kebanyakan kes pentadbir pendaftar perkahwinan meminta RM158. “Terdapat 2.5 juta perkahwinan setahun dan itu tidak termasuk perceraian.

Jika kita mendarab 2.5 juta rupiah (RM792) dengan RM158, kita memperoleh RM379 juta,” katanya kepada wartawan selepas menandatangani dokumen menandakan kerjasama antara kementerian itu dengan Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Kewangan (PPATK) di Jakarta.

Beliau bimbang dengan amalan yang sistematik itu. “Selain menyumbang kepada yuran pentadbiran rasmi kepada pejabat KUA, pentadbir perkahwinan biasanya memperuntukkan sebahagian wang kepada atasan mereka. Pihak atasan kemudian memberikan sebahagian wang kepada ketua mereka. Begitulah seterusnya,” katanya. - JP


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail