• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Buaya penjaga dadah

Pihak berkuasa yang menjalankan pengawasan biasa ke atas seorang lelaki California terkejut, semalam apabila mendapati dia menyimpan 15.5 kilogram ganja di rumah sewanya. Bagaimanapun, ganja itu membawa kepada penemuan lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit meletakkan seekor buaya sebagai penjaga dadah berkenaan.

Buaya sepanjang 1.5 meter itu diberi nama Mr Teeth. Pihak berkuasa kemudian menahan Assif Mayar, 32, dan merampas buaya itu - yang dipelihara secara haram - untuk diserahkan kepada Zoo Oakland. Laporan stesen televisyen KTVU menyatakan, pihak berkuasa berhenti di luar rumah dua tingkat disewa Assif di Castro Valley kelmarin untuk menjalankan pemeriksaan biasa. Pegawai polis Alameda, JD Nelson berkata, ketika memeriksa rumah berkenaan, polis menemui ganja kering berkenaan disimpan dalam bilik tidur Assif.

“Menjadikan anjing sebagai pengawal memang biasa, tetapi jika buaya, ia luar biasa,” katanya. KTVU melaporkan, Assif - bapa kepada dua anak - turut memelihara beberapa anjing di rumah itu.

Kata Nelson, Assif membeli Mr Teeth pada 1996 bagi “memperingati kematian penyanyi rap, Tupac Shakur.” Sementara itu, Nelson berkata, Assif ditahan dan didakwa kerana memiliki dadah.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail