• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cinta pandang pertama masih diyakini

Kebanyakan warga Amerika Syarikat (AS) percaya kepada cinta pandang pertama, tidak pernah
membaca e-mel pasangan mereka dan yakin seks yang memuaskan sangat penting bagi menjamin kejayaan sesebuah hubungan.

Berdasarkan pungutan pendapat disiarkan semalam, majoriti warga AS menganggap, pilihan rancangan televisyen pasangan mereka menjadi punca utama pertengkaran berbanding masalah kerja rumah, membaca di tempat tidur atau mencuci bilik mandi. 

Menurut CBS.com yang mengendalikan pungutan pendapat berkenaan, 56 peratus penduduk negara itu percaya kepada cinta pandang pertama dan peratusan itu lebih tinggi di kalangan pasangan suami isteri atau individu yang menjalin hubungan romantik. 

Kajian itu disertai 1,100 orang dewasa yang ditanya mengenai aspek cinta, perkahwinan dan perhubungan lelaki, wanita. - Reuters



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail