• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Gambar "hantu gergasi" berjaya dirakam

Seorang pelajar kejururawatan Arab mendakwa berjaya merakamkan imej yang disifatkannya sebagai "hantu gergasi". Pelajar itu mendakwa objek yang bergerak laju itu dirakam secara tidak sengaja ketika dia merakam suasana malam di kawasan berdekatan pantai di Gulf Kingdom.
Ibrahim bin Abdullah Al Aini, pelajar kejururawatan di sebuah kolej swasta di barat Laut Merah di pelabuhan Jeddah, berkata dia berjalan di kawasan berdekatan pantai pada malam minggu. Dia kemudiannya merakam gambar bulan dengan menggunakan kamera telefon bimbit.

"Saya memfokuskan kamera telefon bimbit ke arah bulan dan kemudiannya merakamkan gambar ... tiba-tiba satu objek bergerak laju dan berjaya dirakam oleh kamera saya ... Imej itu benar-benar menakutkan kerana kelihatan seperti hantu gergasi," katanya dipetik oleh Sabq, akhbar harian berbahasa Arab.


1 comment:

Anonymous said...

astagaa...ini pakai applikasi android camera360 la brader...

Follow p a a p a a d a by e-mail