• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Patung Barbie Ka, Manusia ?

Wanita cantik ini bukanlah patung Barbie seperti sangkaan anda tetapi dia sememangnya seorang wanita cantik yang benar-benar wujud di dunia dan menyerupai watak patung Barbie yang digilai ramai.

Beberapa gambar model wanita ini berlegar-legar di internet yang mengaitkannya sebagai seorang wanita cantik menyerupai patung Barbie yang benar-benar wujud di dunia lapor media.

Valeria Lukyanova, seorang model berasal dari Ukraine mencetuskan fenomena selepas wajah wanita cantik dan susuk tubuhnya mirip seperti watak patung Barbie.

Majalah V yang menyiarkan foto model wanita cantik ini hingga menyebabkan pembaca mempersoalkan tentang kewujudan samada dia merupakan manusia sebenar atau hanya gambar ciptaan yang sengaja dikeluarkan.

Menurut Forbes,Kecantikan Lukyanova dan kesempurnaannya telah menyebabkan "demam Barbie," satu trend di kalangan gadis-gadis di Ukraine yang cuba untuk mencapai standard yang tidak realistik semata-mata untuk kecantikan seperti wanita cantik Barbie tersebut.

Majalah V bertajuk "Girl Power" memaparkan wajah gadis cantik tersebut, Lukyanova, pada 15 November lalu hingga mencapai Hits yang tinggi berikutan cerita mengenai gadis cantik menyerupai Barbie dan gambar -gambar wanita cantik tersebut..!!



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail