• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pemandu bas kes rogol pelajar pernah muncul dalam program realiti

Pemandu bas yang terbabit dalam kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di dalam basnya pernah muncul dalam rancangan realiti televisyen yang dihoskan bekas pegawai kanan polis wanita tiga tahun lalu.
Ram Singh, tertuduh utama dalam serangan ke atas pelajar itu di New Delhi bulan lalu, meminta bantuan dalam rancangan berkenaan, ‘Aap Ki Kacheri’ atau ‘Mahkamah Anda,’ untuk mendapatkan pampasan bagi kecederaan yang dialaminya dalam satu kemalangan, kata hos siri itu, Kiran Bedi.

Kiran, bekas pegawai kanan polis wanita paling terkenal di India, kini menjadi aktivis antirasuah dan hos program berbahasa Hindi untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan awam.

Seorang pegawai polis mengesahkan lelaki dalam rancangan itu Singh, antara lima orang yang dituduh merogol dan membunuh pelajar berusia 23 tahun terbabit.

Mangsa menaiki bas itu bersama seorang rakan lelaki selepas menonton wayang pada 16 Disember, meninggal dunia di Singapura dua minggu kemudian. - Reuters


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail