• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mesti Mau Cuba!

Putera Harry ada masalah mental


Tindakan Putera Britain Harry menyamakan ‘serangan’ pejuang Taliban di Afghanistan dengan tenteranya seperti aksi di dalam permainan video dikecam.


Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mendakwa, putera itu mungkin mempunyai masalah mental kerana menganggap serang itu seolah tidak memberi kesan kepada mereka.
“Terdapat 49 negara dengan tentera yang kuat berusaha menentang kumpulan kami tetapi kesemuanya gagal. Kini mereka datang dengan angkuhnya menyamakan peperangan ini sebagai aksi di dalam permainan video,” katanya.
Beliau berkata, hakikatnya kesemua tentera yang bertugas di Afghanistan mempunyai masalah mental kerana ramai tentera yang nekad membunuh diri.
“Mereka tidak mempunyai semangat kental seperti tentera kami dan kebanyakannya nekad membunuh diri kerana mengalami tekanan kronik,” katanya.

Harry sebelum ini dikatakan pernah melakukan serangan balas dengan tentera Taliban di Helmand. - AFP


No comments:

CPLUS

Live ONLINE

Follow p a a p a a d a by e-mail