• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Tiada guna kami hidup’

Pasangan kembar yang pekak mengambil keputusan membunuh diri selepas kecewa mengetahui bakal menjadi buta, kata ahli keluarga mereka, semalam.
Kembar berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Marc dan Eddy Verbessem(gambar) tinggal bersama sejak kecil dan tidak mampu berkomunikasi dengan dunia luar. Abang mereka, Dirk Verbessem berkata, Marc dan Eddy terlalu takut jika tidak lagi boleh melihat antara satu sama lain serta gagal berdikari.


“Mereka tidak sanggup menghadapi kemungkinan itu,” katanya.
Menurut Dirk, 46, Marc dan Eddy sentiasa membantu antara satu sama lain termasuk memasak dan membersih rumah.

Namun, katanya, jika mereka buta tidak lama lagi, keadaan akan menjadi sangat berbeza dan mereka tidak lagi boleh berdikari. “Kadang-kadang saya terfikir jika mereka mempunyai isteri dan anak, mungkin mereka tidak membunuh diri,” katanya. Kembar dari Putte dekat bandar Mechelen itu berkata, mereka bakal mengalami buta kerana glaukoma akibat faktor genetik.

Doktor yang merawat mereka, David Dufour berkata, pasangan kembar itu juga mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik. Bekerja sebagai tukang kasut, Marc dan Eddy berkomunikasi melalui bahasa isyarat khas yang hanya difahami mereka serta ahli keluarga terdekat. Apabila memohon kepada pihak berkuasa untuk menamatkan riwayat masing-masing secara ‘sah’ mereka mengemukakan sokongan daripada Dufour. Bagaimanapun, mereka mengambil masa dua tahun mencari institusi perubatan yang sedia melakukan prosedur itu.
Kata Dirk, beberapa ahli keluarga cuba memujuk Mark dan Eddy membatalkan niat mereka.

“Namun, akhirnya hujah dikemukakan meyakinkan kami membiarkan pilihan mereka” katanya. Amalan membunuh diri di institusi perubatan dibenarkan di Belgium jika pihak terbabit mampu membuktikan mereka mengalami penderitaan serius. - Daily Mail


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail