• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Zuriat’ tak disangka

"Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini.
“Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang.

Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam.


SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.

Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.

“Sebenarnya sejak berkahwin selama 14 tahun, saya belum dikurniakan anak dan tak putus berdoa, bila bertemu bayi dibuang begini, runtun perasaan saya.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail