• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

5 ELEVATOR PALING MENAKJUBKAN DAN MENAKUTKAN DI DUNIA

Elevator atau di sini lebih popular dengan sebutan lif sudah pasti terdapat pada gedung-gedung pencakar langit.

Dengan alat pengangkutan inilah kita boleh bergerak dengan cepat mencapai lantai yang tinggi dari tingkat ke tingkat.

Di lokasi-lokasi tertentu, ada beberapa lif yang dirancang membuat orang yang menaikinya sakit jantung dan gayat terlampau.

Andai anda tiada keberanian, jangan gatal-gatal nak cuba menaiki lif yang disenaraikan di bawah.

Takut nanti ada orang terkencing ketakutan.

Ha! Ha! Ha!

Saksikan senarai lif paling menakutkan di dunia.

1. Swiss Skydive elevator

Swiss Skydive adalah elevator yang dibina untuk mencetus adrenalin anda. 

Bagaimana tidak, elevator yang boleh menaiki ketinggian ratusan kaki ini, bahagian dasarnya diperbuat daripada kaca metalik berteknologi tinggi sehingga anda boleh melihat pemandangan di bawah elevator (yang tentunya sangat membuat jantung berdegup kencang) tanpa takut akan jatuh.

2. Stockholm Globe Arena elevator

Stockholm globe arena adalah binaan bangunan unik berbentuk separuh bola Golf yang terdapat di kota Stockholm.

Salah satu yang terkenal pada bangunan ini adalah elevatornya di mana anda boleh naik ke puncak bangunan dengan menggunakan elevator melingkar.

Elevator diperbuat daripada kaca agar anda boleh menikmati pemandangan salji kota Stockholm serta sensasi ketinggiannya.

3. Bailong elevator

Bailong Elevator adalah salah satu elevator outdoor tertinggi di dunia.

Elevator ini berada di Tebing Wulingyuan di Zhangjiajie, China.

Dengan menaiki elevator ini, Anda boleh menikmati sensasi ketinggian tebing dengan segala keindahannya di ketinggian 1.070 kaki (sekitar 300 meter)

4. Taipei 101's elevator

Bukan ketinggian yang mengejutkan pada elevator ini, namun kepantasan naik dan turunnya.

Bayangkan saja, elevator ini naik ke atas dengan kelajuan 37.7 mph.

Elevator ini dinobatkan sebagai elevator tercepat di dunia.

Anda boleh sampai ke tingkat 10 dari ground floor hanya dalam beberapa saat sahaja.

5. Eiffel Tower Passenger Elevators

Ini adalah salah satu elevator paling terkenal di dunia, Eiffel Tower Passenger Elevators.

Elevator inilah yang membawa pengunjung Menara Eiffel untuk menaiki bahagian atas menara Eiffel.

Elevator ini dibina dengan bentuk yang terbuka sehingga pengunjung boleh menikmati keindahan menara Eiffel dan kota paris sepuasnya.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail