• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kanak-kanak 9 tahun lahirkan anak

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor melahirkan anak.
Pihak berkuasa Mexico berkata semalam, kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan, di negeri Jalisco, barat negara itu. 

Ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dafne memberitahu pihak berkuasa tempatan: “Anak saya sangat gemuk ketika hamil. Bapa bayi itu ialah remaja berusia 17 tahun, tetapi kami belum lagi bertemunya kerana dia melarikan diri.” 
Jorge Villasenor dari pejabat pendakwa raya berkata: “Kami masih memburu remaja lelaki itu untuk mendapatkan maklumat daripadanya kerana kanak-kanak perempuan terbabit tidak faham apa yang berlaku.
“Ini adalah kes pemerkosaan atau penderaan seks kanak-kanak,” katanya. Kanak-kanak itu dan anaknya yang dalam keadaan sihat keluar dari hospital hujung minggu lalu. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail