• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pen pengesan kesalahan ejaan

Pereka pen 'ajaib' ini berharap ciptaan mereka akan dapat membantu kanak-kanak belajar menulis dengan cepat.

Kita mungkin tidak lagi akan tersalah ejaan atau tatabahasa apabila menggunakan pen ‘ajaib’ berteknologi tinggi  hasil ciptaan sebuah syarikat di Jerman.

Pen dilengkapi alat pengesan kecil itu akan bergetar untuk memberitahu pengguna jika ada kesalahan dalam penulisan mereka.

Difahamkan, tujuan asal alat tersebut dicipta oleh syarikat Lernstift  adalah untuk membantu kanak-kanak belajar menulis dengan cepat.


Tetapi, kini ciptaan teknologi itu dianggap sesuai untuk semua peringkat umur.

Pereka pen yang masih dalam peringkat prototaip itu, Falk dan Mandy Wolsky berkata, pengguna boleh memilih jenis tulisan sama ada ortografi (ejaan standard) atau kaligrafi.

Mereka juga merancang untuk menambah fungsi pen tersebut termasuk menyediakan sambungan kepada komputer dan membuka satu platform untuk membenarkan pihak lain menyalurkan idea mereka bagi membangunkan aplikasi lebih canggih yang memberi lebih banyak faedah kepada pengguna. – MailOnline





No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail