• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Putus cinta...Bakar kereta

Gara-gara berang hubungannya putus di tengah jalan, seorang wanita sanggup membakar kereta milik bekas kekasihnya dalam kejadian di Klang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek berusia 30-an bersama rakannya yang juga berusia 30-an pergi ke rumah bekas kekasihnya itu sebelum menyimbah petrol pada keseluruhan kereta dan membakarnya.

Menurut sumber, sebaik kereta berkenaan dibakar, suspek tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian bimbang tindakan gilanya itu diketahui bekas kekasihnya dan orang ramai yang tinggal berhampiran.

Sumber berkata, keseronokan suspek yang berjaya membalas dendam bagaimanapun tidak kekal apabila tindakannya disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
“Terkejut dengan kehadiran polis, suspek segera masuk ke dalam kereta sebelum memecut ke arah jalan utama untuk melarikan diri.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail