• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning

Mempunyai gigi yang sihat adalah impian setiap orang. Kalu gigi sakit, maka mood kita untuk melakukan apa-apa aktiviti berkurangan. 

Tidak kurang juga yang mahu gigi putih kerana kelihatan lebih cantik. 

Disini ada beberapa tips untuk mengelakkan gigi menjadi kuning. 


- Elakkan meminum kopi dan jus anggur merah secara kerap. Biasanya kedua-dua minuman ini meninggalkan kesan warnanya secara kekal di gigi kita. 

- Makan banyak sayur kerana sayur boleh membersihkan gigi secara semulajadi. 

- Tukar berus gigi anda sekurang-kurangnya sekali sebulan. 

- Minum jus atau makan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat yang memutihkan gigi kerana buah tersebut mengandungi kadar vitamin C yang tinggi. 

- Berus gigi sekurang-kurangnya sekali dalam 12 jam. 

- Menggosokkan kulit buah limau (xpasti jenis apa) pada gigi juga dapat memutihkan gigi anda. Lakukan dengan teratur agar hasilnya dapat bertahan lama. 


- Hindari merokok. Merokok adalah cara tercepat untuk mengubah warna gigi menjadi kuning. 

-  Manfaatkan benang gigi untuk membersihkan celah gigi anda. 

- Gunakan ubat gigi yang mempunyai formula yang diiktiraf untuk memutihkan gigi. 

- Dapatkan nasihat doktor gigi dan pemeriksaan berkala. 

Gigi putih tidak semestinya sihat tetapi dapat mengurangkan risiko penyakit gigi. Jadi, jagalah gigi anda dengan baik..



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail