• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Video...Shila Amzah Luah Perasaan

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang sedang dihadapinya kini dengan memuat naik video terbarunya yang menyampaikan lagu 'Ombak Rindu'.

Pada rakaman tersebut, Shila kelihatan menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa kerinduan terhadap ibu dan ayahnya dan meminta maaf kerana telah menimbulkan rasa kerisauan pada semua pihak.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman tersebut, Shila menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.








No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail