• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Arab Saudi lahir dari KONSPIRASI Yahudi..?

Empayar Islam Uthmaniyah 

Semenanjung Tanah Arab suatu ketikanya diperintah oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah yang berpengkalan di Istanbul, Turki. Jajahannya sangat luas sehingga meliputi keseluruhan Laut Merah. Lantaran keluasan empayarnya, timbul pula beberapa pemberontakan untuk keluar dari jajahan Uthmaniyah antaranya Ad-Diriyah yang terletak berhampiran Riyadh.

Ad-Diriyah diperintah oleh seorang gabenor dari suku Yahudi bernama Muhammad bin Saud (Ibnu Saud) yang merupakan seorang pemerintah bermazhab Hanafi. Agen British kemudiannya mencadangkan kepada Ibnu Saud agar menjemput Muhammad bin Abdul Wahab (Ibnu Wahab) tinggal di Ad-Diriyah. Perpindahan inilah akhirnya yang mencetuskan pemberontakan membebaskan Ad-Diriyah dari cengkaman Uthmaniyah. Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan Ibnu Wahab berpindah ke Ad-Diriyah  hasil cadangan dua orang adik Ibnu Saud serta isteri beliau yang juga murid kepada Ibnu Wahab.

Ibnu Saud berjaya dalam pemberontakan pembebasan pada tahun 1744 manakala Ibnu Wahab diberi kebebasan meluaskan fahaman Wahabinya. Ibnu Saud juga mengahwinkan anak lelakinya, Abd Aziz dengan anak perempuan Ibnu Wahab.

Apabila Ibnu Saud meninggal pada 1765, Abd Aziz kemudiannya mengambil alih pemerintahan Ad-Diriyah sehingga 1803. Fahaman Wahabi dijadikan sandaran utama pemerintahannya. Beliau juga telah memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Abd Aziz kemudiannya dibunuh oleh seorang pengikut Syiah ketika mengimamkan solat Asar di Ad-Diriyah pada 1803. Anaknya Saud bin Abd Aziz kemudiannya mengambil alih pemerintahan  sehingga 1814 sebelum diganti oleh anaknya Abdullah bin Saud. Tentera Khalifah Turki Uthmaniyah bersama pasukan tentera Mesir kemudiannya menyerang serta merampas Ad-Diriyah pada 1818.

Pemberontakan demi pemberontakan dilancarkan kembali keluarga Saud. Abd Aziz kemudiannya berjaya merampas kembali Ad-Diriyah malahan bandar Riyadh pada 1902. Beliau digelar Ibnu Saud sempena nama pengasas keturunan Saudi.

Bagi mengekalkan kawasan jajahannya dari ancaman tentera Khalifah Uthmaniyah, Ibnu Saud menjalin hubungan dengan kerajaan British malahan menjadikan Semenanjung Arab sebagai negeri naungan British dari 1915 hingga 1926.
Perbincangan Ibnu Saud dengan Presiden Franklin D.Roosevelt di atas kapal USS Quincy
Sebelum kematiannya pada 1953, Ibnu Saud menjalin hubungan dengan Amerika yang menjadikan keluarga Saud menikmati kekayaan hasil royalti minyak yang diusahakan Amerika. Freemason kemudiannya menubuhkan Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) malahan British Petroleum (BP) dan Royal Dutch Shell diberi hak melombong minyak di serata Arab Saudi.

Institusi Kewangan dan Industri Minyak merupakan kunci utama yang digunakan Freemason bagi menguasai Arab Saudi. Kekayaan Arab Saudi adalah sebenarnya dinikmati sepenuhnya oleh Freemason menerusi institusi kewangan dan syarikat minyak tajaannya manakala Raja Saudi sebenarnya menikmati kekayaan menerusi royalti sahaja. -sumber



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail