• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bandar paling sejuk di dunia


SEORANG penduduk mengeluarkan bongkah ais untukdimasukkan ke dalam trak.



BERAPA suhu paling sejuk yang pernah anda rasakan? Sesejuk manapun suhu di dunia tetapi itu masih dirasakan panas berbanding suhu di sebuah bandar di Rusia.
Bandar Oymyakon di wilayah Yakutia, Rusia terkenal sebagai tempat paling sejuk di dunia dan suhu di bandar itu pada bulan Januari lalu ialah -50 darjah Celcius (°C).

Oymyakon juga pernah mencapai suhu hingga -71°C dan itu merupakan suhu tersejuk untuk sebuah kawasan yang menjadi tempat tinggal manusia di Bumi. Sebagai rekod, suhu paling sejuk sebanyak -89.2°C direkodkan di Vostok Station, Rusia pada 21 Julai 1983.


KENDERAAN milik penduduk di bandar ini akan dihidupkan untuk sepanjang hari.


Kira-kira 90 tahun lalu, bandar yang kini mempunyai kepadatan penduduk seramai 500 orang itu merupakan sebuah tempat perhentian kecil bagi para penggembala rusa suku kaum nomad untuk memberi minum haiwan mereka di sebuah sumber air panas.


OYMYAKON mencatatkan suhu terendah sekitar bulan Januari iaitu -51 darjah Celcius.


Namun, pemerintah Soviet pada ketika itu membuat suku kaum nomad ini menetap terus di bandar itu supaya mudah diawasi serta boleh mengembangkan budaya dan teknologinya di bandar itu.
Kesukaran hidup di Oymyakon tidak lain tidak bukan adalah suhu dinginnya yang membekukan segala-galanya.


OYMYAKON mempunyai kepadatan penduduk seramai 500 orang sahaja.


Penduduk juga membiarkan kenderaan mereka dihidupkan sepanjang hari kerana khuatir sukar dihidupkan dalam keadaan cuaca yang dingin itu.
Masalah lain turut dialami ketika berlakunya proses pengkebumian. Keadaan yang membeku membuatkan proses pengkebumian memakan masa sehingga tiga hari kerana perlu mencari tanah terlebih dulu sebelum mula menggali.


TIADA tumbuh-tumbuhan yang hidup di bandar ini.


Kemudiannya, batu panas ditempatkan di sekeliling liang lahad yang sedang digali dan proses itu diulangi beberapa kali hingga lubang tersebut cukup dalam untuk proses pengkebumian jenazah.
Walaupun sudah berpuluh tahun, kehidupan di bandar Oymyakon masih sangat sederhana. Sebahagian besar rumah masih menggunakan batu bara dan kayu sebagai pemanas.
Tidak ada pokok yang tumbuh di Oymyakon sehinggakan penduduk terpaksa menjadikan daging rusa dan kuda sebagai sumber makanan utama.
Penduduk di bandar ini juga tidak mengalami kekurangan nutrien walaupun hanya memakan daging. Keadaan itu terjadi kerana pengambilan susu rusa dan kuda yang mengandungi banyak khasiat.
Satu hal unik lain dari bandar sejuk ini adalah nama Oymyakon, yang bererti 'air yang tidak pernah membeku' dan ia merujuk kepada sebuah sumber air panas yang terletak tidak jauh dari lokasi bandar tersebut.



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail