• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bayi 7 hari ‘terjun’ laut

JULSIMA bersama bayinya, Nuranadania.

Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di 
Sepanggar
, malam kelmarin.
Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli.

“Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja.

“Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.
SEBAHAGIAN rumah atas air yang terbakar di Kampung Numbak, Sepanggar, kelmarin.

Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail