• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cincang ibu kerana tak suka

Seorang remaja yang didakwa membunuh ibunya dan mencincang mayat wanita itu kepada beberapa bahagian berkata, dia berbuat demikian semata-mata kerana tidak sukakan mangsa.
Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu polis, dia juga melakukan kekejaman itu kerana ingin tahu lebih lanjut mengenai ‘pembedahan anatomi’.

Dia didakwa mencincang mayat ibunya di bilik mandi rumah mereka, memotong mangsa kepada 15 bahagian mengguna pisau, lapor akhbar Sankei, semalam. Remaja itu yang tinggal bersama-sama ibunya di sebuah apartmen kecil berhampiran Tokyo kemudian menyimpan bahagian tubuh mangsa dalam tab mandi dipenuhi air sebelum memasukkannya satu persatu ke dalam karung plastik.
Remaja itu memberitahu polis dia ‘tidak suka ibunya’ kerana ‘mangsa orang biasa.’ Dia juga memberitahu mengenai minatnya untuk melakukan pembedahan terhadap tubuh manusia. Suspek yang namanya tidak boleh disiarkan kerana masih dianggap bawah umur menurut undang-undang Jepun, ditangkap minggu lalu selepas seorang anggota keluarga melawat apartmen itu dan menemui beberapa tubuh mangsa. Pembunuhan itu dipercayai dilakukan dua minggu sebelum itu. - AP


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail