• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kutip botol untuk buat pakaian

Kira-kira 40 sukarelawan sanggup meredah timbunan botol plastik terpakai di sebuah kawasan stesen kitar semula di sini untuk diproses menjadi pelbagai barangan yang boleh digunakan semula.
Stesen itu dikendalikan oleh kumpulan kebajikan terbesar di Taiwan iaitu Yayasan Tzu Chi.
Seorang jurucakap yayasan itu, Chien Tung-yuan berkata, terdapat ratusan sukarelawan yang berkhidmat melakukan pengasingan dan mengitar semula plastik terbuang bersama botol kaca serta kelengkapan elektronik.

"Botol plastik tidak mudah terurai walaupun tertanam selama 1,000 tahun. Maka, kami mula mengitar semula dan menggunakan semula barangan terpakai itu bagi mengurangkan sampah dan pencemaran.
"Botol kitar semula itu dirawat dan diproses dalam prosedur 13 langkah untuk ditukarkan menjadi tekstil seperti selimut, pakaian dan anak patung," kata Tung-yuan.
GAMBAR menunjukkan seorang sukarelawan Yayasan Buddha Tzu Chi Taiwan sedang mengasingkan botol plastik di sebuah stesen kitar semula di Taipei.

Yayasan Tzu Chi mempunyai 5,400 stesen kitar semula di seluruh Taiwan dengan dibantu oleh lebih daripada 76,000 sukarelawan.
Yayasan itu telah mengagihkan lebih 460,000 selimut yang diperbuat daripada botol plastik sejak tahun 2007 untuk kegunaan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. - AFP



 

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail