• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Budak 8 tahun kahwin nenek 61 tahun

Murid sekolah, Sanele Masilela, 8 berkata, perkahwinan adalah permainan kanak-kanak.
Masilela yang mengejutkan dunia apabila berkahwin dengan wanita berusia 61 tahun, Helen Shabangu di Tshwane baru-baru ini, berkata demikian ketika ditemui di kediamannya bersama-sama isterinya.
Dia mendakwa, datuknya yang sudah mati memintanya berkahwin dengan wanita berusia beranak lima itu yang sudah mempunyai suami.

Meskipun ikatan itu tidak sah mengikut undang-undang Afrika Selatan, Masilela tetap berkata, dia merasakan dirinya sudah berkahwin dan menjadi suami.
“Setiap hari berlalu dengan begitu baik, seperti yang saya bayangkan. Rakan saya berkata saya kelakar kerana berkahwin. Tetapi saya merasakan diri saya seperti seorang suami,” katanya. -TS

1 comment:

::MaEstrO aMaD:: said...

sesungguhnya agama Islam lah terbaik. adalah wajib si lelaki sudah akhil baligh dan berkemampuan menanggung keluarga..

Follow p a a p a a d a by e-mail