• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Penggemar makan daging manusia ditahan

Polis Britain melancarkan siasatan ke atas kewujudan kumpulan pemakan daging manusia selepas menahan seorang lelaki pertengahan usia dan anak lelakinya di rumah mereka di Canterbury. 

Mereka disoal mengenai rancangan merogol, membunuh dan memakan daging wanita yang dikaitkan dengan perbicaraan seorang pegawai polis New York yang dituduh menggemari daging manusia.
 
"Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire," Dale Bolinger, Suspek pemakan daging manusia

Pakar forensik antara kumpulan 15 anggota polis yang menggeledah rumah Dale Bolinger, 57, dan menggali taman rumahnya.

Serbuan itu yang turut menyaksikan anaknya, Rick, 30, ditahan selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan pegawai polis di New York itu mempunyai ‘mentor’ di Britain.

Bercerita di internet, Bolinger mendakwa makan daging seorang wanita dan budak lelaki berusia lima tahun serta memberi nasihat cara memotong kaki mangsa hidup-hidup dan memanggang di depan mangsa.

Bapa kepada dua anak itu kelmarin menegaskan dia tidak bersalah apabila dibebaskan selepas ikat jamin. 
Dale Bolinger


Serang mangsa

Mesejnya dengan pegawai polis berkenaan, Gilberto Valle, termasuk menyerang hendap mangsa dengan kayu besbol sekadar fantasi, katanya.

Bolinger menggunakan nama ‘MeatMarketMan’ dan ‘Moody Blues’ di internet bertukar mesej dengan Valle, 28, yang dituduh merancang memakan isteri dan wanita lain yang dikenalinya.

Bercakap di rumahnya kelmarin, Bolinger berkata: “Saya tak kenal lelaki itu. Kami tidak pernah berjumpa. Saya cuma berbual dengannya online.”

Perbualan mengerikan

Perbualan mengerikan antara Valle dan Bolinger dibacakan di mahkamah: “Saya makan daging seorang wanita kulit hitam dan kulit putih.”

Valle turut mencadangkan resepi sup dengan menyifatkan daging manusia rasa seperti daging babi tetapi lebih kental.

Bahagian hati perlu dimasak ringkas untuk membiarkan ia manis dan lembut manakala daging pada muka sedap dibuat sandwic.

Cadangan lain ialah: “Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire.”

Dalam perbualan lain, Valle berkongsi video percutian di Bahamas dengan seorang gadis dikenalinya, Kimberly Sauer, yang memakai bikini.

Mereka membincangkan mengenai kelazatan daging gadis itu jika dia dipanggang.
Akhbar The Sun mendedahkan video ngeri di YouTube yang dimuat naik oleh Bolinger pada 2006 sebagai kenangan kepada gadis yang bertajuk Hungry 4 U. - AGENSI



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail