• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

PETUA WANGIKAN BADAN

Minyak wangi sebenarnya tidak dapat membantu. Penyelesaian terbaik ialah mencari jalan supaya badan wangi secara semulajadi. Disini disediakan petua mewangikan badan.
Petua Hilangkan Bau Badan
Satu ramuan tradisional yang digunakan sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan.

Caranya ialah ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam beras terbakar. Lepas tu tumbuk beras terbakar tu  hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa.



Gosokkan bancuhan tu ke bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dan sebagainya. Lepas digosok biarkan selama 10 minit dan mandi. Jika diamalkan dengan kerap, hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak lagi berbau busuk setiap kali berpeluh.

Pewangi Peluh
Dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk. Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.Setelah itu sapu rapi ke seluruh badan terutama di tempat-tempat yang mudah berpeluh. Seboleh-bolehnya cuba amalkan setiap malam sebelum tidur. Anda akan dapati peluh yang keluar dari badan bertukar menjadi wangi.



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail