• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Surat Seruan Tauhid Rasulullah

LEWAT tahun 6 Hijrah, apabila kembali dari Hudaibiyah, setelah kedudukan umat Islam kukuh dan stabil, Nabi Muhammad SAW mula mengutus surat seruan dakwah kepada raja-raja dan pembesar-pembesar di beberapa kawasan yang jauh dengan menyeru mereka kepada Tauhid dan Islam. Surat-surat seruan itu dicap dengan cop mohor perak terukir perkataan : 'Muhammad Rasul Allah' (Sahih Al-Bukhari 2 / 872, 873) sebagai bukti kerasulan baginda SAW sebagai nabi akhir zaman seperti yang disebut di dalam kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelumnya.

Dalam usaha menyampai seruan Tauhid ke kawasan yang belum menerima seruan Nubuwwah. Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah yang terakhir telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan-utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin berserta rakyatnya kepada kalimah 'La ilaha illallah', yakni beriman dan menyembah Allah Tuhan yang Maha esa, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun dan mengambil Islam menjadi agama pegangan.

Surat-surat itu diterima baik oleh mereka kecuali Raja Parsi yang telah merobek-robek surat selepas membacanya.

Surat-Surat Seruan Dakwah Rasulullah SAW 

Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus beserta dengan cop rasminya :


1. Surat Rasulullah SAW, untuk Heraklius/Hercules : 
Sahabat baginda Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi r.a diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Kerajaan Rom Byzantium)

Terjemahan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Daripada Rasulullah kepada Heraklius, Maharaja Rom,

Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda (petunjuk), amma ba`du, Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam. Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin ( kaum Nasrani ). 

dan "Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyekutukan-Nya (menyekutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).” [ Surah Ali-Imran : 64 ]


2. Surat Rasulullah SAW, untuk Raja Kisra/Khosrau : 
Sahabat baginda Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi r.a diutuskan kepadaKisra/Khosrau (Maharaja Parsi).

Terjemahan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,

Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya, dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya, agar aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.


3. Surat Rasulullah SAW, untuk Al-Muqawqis Maharaja Qibti Mesir :
Sahabat baginda Hatib’ bin Abi Baitah r.a diutuskan kepada Muqawqis.

Terjemahan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqawqis pembesar Al-Qibt (Mesir), 

Sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, dan Amma ba`du, maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai Tuhan-Tuhan yang disembah melainkan Allah, maka jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti, dan Katakanlah : “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyekutukan-Nya (menyekutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).” [ Surah Ali-Imran : 64 ]


4. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Najasyi : 
Sahabat baginda, Amru bin Umayyah Ad-Dhamri r.a diutuskan kepada Najasyi (Maharaja Habsyah/Ethiopia).

Terjemahan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepada-Mu Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin,

Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya, dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk.

********************

Senarai Surat-Surat Yang Dihantar Oleh Nabi Muhammad SAW :

Surat-Surat Kepada Maharaja-Maharaja, Raja-Raja, Pemerintah-Pemerintah, Wazir-Wazir, Gabenor-Gabenor Dan Lain-Lain.

1- Surat Kepada Negus, Raja Habsyah
2- Surat Kepada Abu Sufian
3- Surat Kedua Kepada Raja Habsyah
4- Surat Ketiga Kepada Raja Habsyah
5- Surat Kepada Kaisar Heraklius
6- Surat Kepada Khusro Perwez, Maharaja Farsi
7- Surat Kepada Hurmuz
8- Surat Kepada Wazir Mesir
9- Surat Kepada Hauza Bin Ali, Gabenor Yamamah
10- Surat Kepada Haris Ghassani, Raja Damishq (Damsyik)
11- Surat Kepada Munzir Bin Sawa, Gabenor Bahrain
12- Surat Kedua Kepada Munzir
13- Surat Kepada Jaifer Dan 'Abd, Raja Oman
14- Surat Kepada Jaifer Waris As'hama Negus
15- Surat Kepada Raja-Raja Himyar
16- Surat Kedua Kepada Raja-Raja Himyar
17- Surat Kepada Farwah, Gabenor Ma'an
18- Surat Kepada 'Amr Bin Hazm Ansari, Gabenor Yaman
19- Surat Kepada Ukaidir, Pemerintah Dumatul Jandal

Surat-Surat Dan Perintah Yang Dihantar Kepada Amir, Pemimpin Dan Ketua-Ketua Pelbagai Kabilah Dan Individu.

1- Surat Kepada Pope Rom
2- Surat-Surat Kepada Yahudi Khaibar
3- Surat Kepada Budail Bin Waraqa
4- Surat-Surat Kepada Puak Aslam
5- Surat Kepada Penduduk Persekitaran Tihama
6- Surat Kepada Khalid Bin Zimadul Azdi
7- Surat Kepada Hilal Bin Umayyah, Amir Bahrain
8- Surat Kepada Usaibukht Bin Abdullah, Amir Hajar
9- Surat Kepada Bani Abdullah
10- Surat Kepada Nahshall Bin Malik, Amir Bani Va'il
11- Surat Kepada Rifa'ah Bin Zaid Juzami
12- Surat Kepada Bani Asad
13- Surat Kepada Amir-Amir Aqabah
14- Surat Kepada Penduduk Maqna
15- Surat Kepada Penduduk Azruh
16- Surat Kepada Amir Hamdan
17- Surat Kepada Khalid Bin Al-Walid
18- Surat Kepada Musailamah Al-Kazzab (Si Penipu)
19- Surat Kepada Muaz Bin Jabal R.A.
20- Surat Kepada Jin
21- Surat Kepada Zul Ghussa Qais
22- Surat Kepada 'Amr Bin Ma'abad Al-Juhani
23- Surat Kepada Bani Zuhair
24- Surat Kepada Suhail Bin Amr
25- Surat Kepada Puak Khas'am
26- Surat Kepada Zamal Bin 'Amr Aluzri. 
Wallahu a'lam - Sumber



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail