• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tangga Tercuram Di Dunia

Pada tahun 1829, Saint Helena Railway Company telah membina sebuah laluan untuk kereta kabel di Saint Helena. Ia bertujuan untuk mengangkut bekalan dari pelabuhan dan pusat bandar bandar Jamestown ke puncak Ladder Hill Fort. 

Ia kemudiannya telah diubah dan dibina sebagai sebuah tangga yang panjang dan curam oleh Jurutera Diraja pada tahun 1871 yang kini dikenali sebagai Jacob’s Ladder. Ia telah direka dan disenaraikan sebagai binaan Gred 1. 

Tangga itu kini masih boleh digunakan untuk memanjat ke Ladder Hill, di mana sebuah kawasan pinggir bandar dikenali sebagai Half Tree Hollow telah dibangunkan. Tangga ini terdiri daripada 699 anak tangga dan setinggi 183 meter (600 kaki). Tangga ini juga telah menjadi kawasan yang sering dikunjungi para pelancong dari luar negara.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail