• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Unta pernah hidup di Kutub Utara

Rybczynski mengumpul tulang unta di Nunavut.

Sekumpulan arkeologi membuktikan unta yang biasanya hidup di kawasan gurun beriklim kering pernah wujud di kawasan kutub pada pertengahan zaman Pliosene iaitu era generasi pertama unta.

Penemuan itu dilakukan selepas sekumpulan arkeologi dari Canadian Museum of Nature di Ottawa menemui fosil unta di Pulau Ellesmere, Nunavut iaitu pulau yang terletak di bahagian paling utara Kanada.


Ketua penyelidik, Natalia Rybczynski berkata, fosil unta yang ditemui itu berusia kira-kira 3.5 juta tahun.

 tulang unta 

Saintis mengambarkan imej unta lebih besar ketika era Pliosene.

“Penemuan ini satu mengejutkan kerana selama ini unta dianggap haiwan yang hidup di habitat beriklim kering dan separa kering," katanya dalam laporan Livesciencenews

Menurutnya, kajian terhadap 30 tulang unta itu dilakukan dengan menggunakan kaedah collagen fingerprinting iaitu kajian dilakukan dengan menghitung jumlah protein Kolagen Type I.

"Kajian juga berjaya membuktikan ukuran unta adalah tiga kali lebih besar dari unta yang ada ketika ini," katanya.

Rybczynski berkata, unta yang hidup pada era Pliosene kebiasaannya mempunyai suhu badan  yang tinggi dan bersaiz besar.

"Suhu badan unta ketika itu memungkinkan unta-unta berkenaan dapat hidup pada suhu global sekitar dua dan tiga darjah Celsius," katanya.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail