• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis nafi seks oral punca kanser

Aktor Michael Douglas semalam menafikan dia mengatakan kanser tekak dihidapinya disebabkan oleh seks oral. 

Berikutan menjadi tajuk utama akhbar sedunia, jurucakapnya, Alan Bury berkata, bintang berusia 68 tahun itu dipetik sebagai berkata di luar konteks mengenai virus seks HPV. “Douglas tidak mengatakan kunilingus menjadi punca kanser dihidapinya.


“Sebagaimana dibincangkan bahawa seks oral disyaki menjadi punca kanser oral tertentu. Dia tidak mengatakan ia menjadi punca khusus penyakitnya.” Douglas menghidap tumor lidah pada 2010.



Ditanya sama ada dia menyesal meminum arak dan merokok, dia dilaporkan berkata: “Tidak, kerana kanser jenis ini disebabkan HPV yang berpunca daripada kunilingus.” - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail