• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Benarkah Wanita Cantik Lebih Ego...?

Ada banyak keuntungan menjadi seorang wanita yang cantik secara fizikal, ungkap saintis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang cantik dan berpenampilan menarik lebih mudah mendapat pekerjaan, mudah mendapat pinjaman, dan jarang terkena hukuman.
 
Kecantikan berkaitan dengan tingginya tingkat percaya diri dan hubungan interpersonal yang memuaskan. Sebuah kajian pada tahun 2009 menunjukkan bahawa wanita cantik memberikan kesan pertama yang lebih positif. Sementara kajian pada tahun 2001 menunjukkan bahawa wanita cantik dan menarik dikenali lebih mesra, lebih sihat, stabil secara emosi, lebih romantis, dan perhatian.

Kajian terbaru yang dilakukan oleh Open University of Israel dan Hebrew University of Jerusalem ini menunjukkan bahawa wanita cantik lebih mudah mendapat permit ketika berurusan dengan peraturan dan undang-undang. Mereka juga lebih mudah dimaklumi ketika melakukan kesalahan. Ini membuat mereka lebih sering mendahulukan kepentingan mereka sendiri berbanding kepentingan orang lain.

Hasil tersebut diperolehi saintis selepas melakukan kajian terhadap 118 mahasiswi dan mengamati nilai-nilai dalam diri mereka, seperti persetujuan, dan keterbukaan.

Hasilnya diketahui bahawa wanita yang cantik dan menarik mempunyai personaliti sosial yang diinginkan banyak orang. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa wanita yang menarik berkaitan dengan keinginan untuk dapat diterima di masyarakat dan memenuhi keinginan sosial. Pada akhirnya, wanita yang cantik dan menarik lebih mengutamakan menonjolkan dirinya daripada memikirkan orang lain.

Bersamaan dengan kesan positif yang diperolehi, wanita cantik kadang-kadang juga perlu mendapatkan perlakuan yang tidak seimbang. Biasanya mereka dilihat kurang kompeten, tidak pintar, tidak mahir, dan kurang keibuan.



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail