• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bilik seks untuk banduan

Badan pemantau Ombudsman Indonesia mendedahkan, sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat melanggar undang-undang dengan menyediakan bilik khas untuk membolehkan tahanan mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

Timbalan ketuanya, Azlaini Agus berkata, bilik itu disewa pada harga Rp100,000 (RM31.48) satu malam.

“Kemudahan itu memang jelas bercanggah dengan peruntukan undang-undang,” katanya. Azlaini berkata, seseorang banduan tidak mempunyai kebebasan kerana ia sudah dihadkan oleh kerajaan kerana melakukan jenayah. “Penemuan salah laku di Pontianak telah dilaporkan kepada Unit Kerja Presiden Bidang Pengawasan Dan Pengendalian Pembangunan untuk tindakan susulan,” katanya. - JP


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail