• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Isteri campak perempuan simpanan suami ke dalam gaung

Gara-gara berang tertipu dengan hubungan sulit, seorang wanita mencampakkan perempuan simpanan suaminya ke dalam gaung sejurus selepas kecurangan itu terbongkar. 

Ibu kepada empat anak, Lissette Lupo Mamani dilaporkan mengintip jejak suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan Sandra Bruna Morales, 25.

Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan bagaimana suami Lissette, Renzo Zanabria Huanca lari lintang-pukang sebaik saja isterinya menyergah mereka di Arequipa, Peru, semalam.



Lissette pula terus membelasah Sandra sebelum mengheret rambut wanita terbabit ke gaung berhampiran. Lissette kemudian menolak Sandra ke situ.

Bagaimanapun Sandra bernasib baik kerana terjatuh hanya setinggi enam meter dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sandra kemudian dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan.


Tidak dapat dipastikan sama ada Lissette akan didakwa atas tindakannya itu. Sementara itu ketika ditemui media, Lissette berkata, dia tidak ingat insiden berkenaan kecuali ketika dia menarik rambut kekasih suaminya. Huanca pula mendakwa, dia bertemu Sandra untuk menamatkan hubungan sulit mereka dan mahu kembali kepada Lissette. - AFP



1 comment:

Suria Lekatlekitgurl said...

patut jantan tu pun kena campak sekali.. hahahaha. ganas2 bini2 sekarang ni yer... Minta2 la aku tak tergolong dalam golongan bini2 yang ganas. Moga Allah sertakan bersama sabar andai aku di duga dengan kecurangan suami. Biarlah.. ada penyelesaian yang baik.

Terapi >>UNTUK ISTERI ISTERI BERGELAR BLOGGER
Vote >>Kuasa Mengundi Rakyat Malaysia di perlukan lagi. Jom Undi
Leleh >>Jangan Tengok Kalau Anda Sedang Lapar
Wow >>HANYA SEMINIT JE UNTUK DAPAT RM10,000
Glupp >>RM2 UNTUK SAMSUNG GALAXY S?? BETUL KE TAK JOM TENGOK
Ehem >>NAK JIMAT RM30K MAKEOVER DAPUR TENGOK NI

Follow p a a p a a d a by e-mail