• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Jual ‘anu’ untuk ke Eropah

Seorang penyajak di Colombia begitu ingin melawat Eropah hingga sanggup membiayai perjalanannya itu dengan menjual zakarnya.
Rafael Medina Brochero, 52, menawar menjual kemaluannya dengan harga AS$20,000 (RM60,000) supaya dia boleh menyertai acara ‘Sajak Untuk Keamanan di Colombia,’ menurut laporan ColombiaReports.com.
Brochero tidak menyebut sama ada pembedahan pemindahan zakarnya termasuk dalam kos AS$20,000 itu. Bagaimanapun, dia dipetik berkata, zakarnya boleh dipindahkan kepada lelaki yang memerlukannya atau untuk membuat sup, lapor Yahoo! Australia.
Ia cara terdesak untuk mengumpulkan wang, tetapi Brochero melihatnya dari sudut positif. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail