• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

RM1.6 bilion untuk membangunkan pantai bogel

Pihak pentadbiran sebuah daerah di wilayah Hebei, utara China akan membuka sebuah pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Timbalan Ketua Daerah Luan, Tian Wenxue berkata, daerah itu akan melabur sebanyak AS$516 juta (RM1.6 bilion) untuk membangunkan pantai berkenaan.

 Lokasi pelancongan itu meliputi kawasan seluas 533 hektar bersebelahan dengan sungai Luan.

Sebanyak 100 juta yuan (RM52 juta) lagi akan dilabur untuk pembangunan kelengkapan multimedia.
Katanya, lokasi tersebut akan dilengkapi padang golf dan ladang ternakan kuda.

Daerah Luan terletak di timur wilayah Hebei dan berada di bawah pentadbiran Bandar raya Tangshan. - Agensi


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail