• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

E-rokok lebih bahaya

ANTARA alatan yang digunakan untuk e-rokok.

 Penggunaan rokok elektronik atau e-rokok yang semakin menjadi trend dalam kalangan perokok tegar sebagai kaedah menghilangkan ketagihan merokok selain menarik minat remaja untuk kelihatan macho dan bergaya, mungkin akan turut difatwakan haram di sisi Islam. 

Ini kerana kesan penggunaan e-rokok dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok biasa dan shisha yang difatwakan haram di beberapa negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, pada dasarnya apa saja kegiatan yang boleh menjejaskan kesihatan, ekonomi dan alam sekitar berpunca daripada tindakan manusia tidak dibenarkan dalam Islam dan ia boleh diklasifikasikan sebagai haram.

“Apa saja yang diketahui dapat memabukkan, memudaratkan diri dan kesihatan adalah haram dan ditegah dalam Islam. Kita boleh berfikir akan kebaikan sesuatu perkara itu sama ada ia baik atau tidak,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Bagaimanapun, beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan secara rasmi belum memutuskan fatwa mengenai e-rokok dan kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengkaji lebih lanjut implikasi alat itu.



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail