• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cara jaga kulit muka

Penduduk China kini begitu prihatin dengan penjagaan kulit dengan sebahagian mereka bertindak keterlaluan dengan memakai pelindung muka penuh bagi melindungi mereka daripada cahaya matahari.
Tidak seperti pelindung matahari yang direka untuk melindungi wajah, aksesori yang lebih besar ini menutup seluruh muka dengan plastik berwarna gelap. 

Sementara si pemakai dapat melihat objek di depan mereka, orang yang melihatnya kelihatan seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang yang memakai topeng Darth Vader, karakter dalam filem Star Wars.

Daripada mereka yang menunggang mostosikal hingga kepada mereka yang membeli-belah, kumpulan individu aneh ini mewakili sebahagian masyarakat China yang kian prihatin terhadap penjagaan kulit mereka.
Seorang penduduk berkata, fesyen berkenaan sepatutnya perlu disesuaikan apabila seseorang berada di luar saja, tetapi ramai wanita memakainya di dalam bangunan dan dilihat seperti menyembunyikan wajah mereka di sebalik pelindung terbabit di pusat beli-belah. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail