• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dipenjara selepas kahwin

Sambutan perkahwinan yang meriah bertukar menjadi tragedi selepas pengantin lelaki dipenjara kerana menyerang keluarga isteri beberapa minit sebelum majlis berakhir.

Oleh kerana sambutan akan berakhir, pengantin lelaki mahu bergambar dengan isterinya pada majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Makkah, barat Arab Saudi.
Kakak ipar larang

Bagaimanapun, kakak pengantin perempuan membantah kehadiran pengantin lelaki dalam bilik.

Dia menarik adiknya supaya berdiri dekat dengannya dan meminta pengantin lelaki keluar, lapor akhbar Okaz.

Bagaimanapun, pengantin lelaki terus mendesak untuk bergambar dengan isterinya menyebabkan pergaduhan meletus dengan kakak iparnya.

Keadaan tidak terkawal dan pengantin lelaki menyerang kakak iparnya menyebabkan ahli keluarga wanita yang lain turut dalam pergaduhan itu.
Cubaan pengantin perempuan untuk menenangkan keadaan gagal dan pergaduhan kemudian membabitkan ahli keluarga lelaki.

Selepas pengantin lelaki keluar dari situ, beberapa wanita membuat aduan polis dengan alasan mereka diserang.

Pengantin lelaki ditahan beberapa jam selepas itu dan kesnya diserahkan kepada unit siasatan.

Orang ramai simpati

Pembaca online bersimpati dengan pengantin lelaki dan menyalahkan kakak iparnya sebagai punca tragedi.

Mereka berkata, wanita berkenaan tidak berhak campur tangan dengan kehendak pengantin dan tidak wajar menyuruh pengantin lelaki keluar sedangkan mereka sudah sah suami isteri.

AGENSI 


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail