• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Rawatan sengat lebah kian popular

Seorang pesakit menerima rawatan sengat lebah di sebuah klinik di Beijing

 Semakin ramai penduduk China mengunjungi klinik akupuntur untuk menjalani rawatan sengat lebah bagi mengubat penyakit termasuk yang mengancam nyawa. 


Lebih 27,000 penduduk menjalani teknik menyakitkan ini, dengan setiap sesi membabitkan berpuluh-puluh sengatan di sebuah klinik di Beijing yang diusahakan pengamal akupuntur lebah, Wang Menglin.


Kami pegang lebah, letakkannya pada tubuh, pegang kepala dan picit sehingga jarum sengatnya keluar” Wang Menglin, Pengamal akupuntur lebah

“Kami pegang lebah, letakkannya pada tubuh, pegang kepala dan picit sehingga jarum sengatnya keluar,” kata Wang di klinik beliau di pinggir ibu negara.

Wang menggunakan lebah yang diimport dari Itali, yang akan mati apabila ia menyengat.

“Kami rawat berpuluh-puluh penyakit daripada tulang rapuh hingga kanser, semuanya menunjukkan keputusan positif,” kata Wang.

Sengat lebah juga boleh digunakan untuk merawat penyakit biasa anggota bawah badan,” katanya dan mendakwa ia juga berkesan sebagai langkah pencegahan. 


Tiada bukti perubatan

Tetapi, selain cuba menghalang reaksi alahan kepada sengat itu, belum ada bukti kukuh perubatan mengatakan bahawa bisa lebah berkesan terhadap sebarang penyakit dengan laman web Barat menggelarnya sesuatu yang gila.

Laman web sciencebasedmedicine.org Amerika Syarikat menganggap perkara itu belum dapat dipastikan.

“Tiada bukti saintifik menyokong penggunaannya,” katanya mengenai ‘apitherapy’ atau rawatan menggunakan produk lebah.

Seorang pesakit Wang berkata, doktor memberitahu dia menghidap kanser paru-paru dan otak.

Dia diberi tempoh hayat kira-kira setahun tetapi sudah melebihi hayat jangkaan doktor dan berterima kasih dengan rawatan sengat lebah berkenaan.

Tetapi, halaman web American Cancer Society menjelaskan:

“Tiada kajian klinikal terhadap manusia menunjukkan bahawa bisa lebah atau produk madu lebah lain berkesan dalam menghalang atau merawat kanser.” - AFP 



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail