• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Raja ampun perogol kanak-kanak

SEORANG polis pencegah rusuhan mengejar penunjuk perasaan di Rabat kelmarin. 

 Polis Maghribi kelmarin menyuraikan beribu-ribu orang yang berhimpun kerana membantah pengampunan diraja yang diberikan kepada seorang lelaki Sepanyol setelah dia didapati bersalah memperkosa 11 kanak-kanak. 

Berpuluh-puluh orang termasuk jurugambar dan wartawan cedera dalam pertempuran dengan polis yang tiba untuk menyuraikan protes di hadapan bangunan Parlimen di ibu negara Maghribi di sini.

Menurut laporan media, Raja Mohammed VI mengampunkan lelaki Sepanyol berusia 60 tahun itu yang dipenjara pada 2011 kerana merogol 11 kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun,

Bercakap kepada agensi berita AFP pada Khamis lalu, Menteri Kehakiman, Mustapha Ramid mengesahkan pengampunan diraja itu tetapi enggan mengulas lanjut.

 "Individu itu akan diekstradisi dan dihalang daripada memasuki Maghribi," katanya.
Penunjuk perasaan mengecam pengampunan itu sebagai memalukan dengan seorang penunjuk perasaan menyatakan kerajaan melindungi pemerkosaan kanak-kanak Maghribi.

"Ini kali pertama saya menyertai demonstrasi kerana berang akan pengampunan yang membolehkan penjenayah itu bebas," kata seorang pelajar perempuan di sini.

Beberapa tunjuk perasaan serupa dipatahkan pihak berkuasa awal kelmarin di bandar Tangiers dan Tetouan, utara Maghribi.

Pada Jun lalu ribuan penduduk berarak di bandar Casablanca untuk mengecam keganasan seks terhadap kanak-kanak Maghribi.

Pada 20 Jun lalu, polis menangkap seorang suspek warga Britain selepas beberapa penduduk tempatan terdengar jeritan kanak-kanak berusia enam tahun yang diculiknya. - AFP 



No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail