• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT

 
Asalamualaikum para muslimin dan muslimat, alhamdulillah kali ini saya terasa terpanggil untuk menulis sedikit makluman untuk tatapan semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun seantero dunia. Kebetulan kebelakangan ini saya sedang membuat sedikit kajian dan penyelidikan tentang isu yang paling tragis menimpa umat Islam apabila Israel bertindak meruntuhkan tempat suci umat islam yang pertama iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Selain dari ia pernah menjadi kiblat sert bait pertama kita sebelum baitullah al-haram di Mekah ia juga menjadi satu lambang keagungan kita semua melaluai peristiwa isra dan mikraj apabila baginda Muhammad saw pernah ke sana menaiki Boraq sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah swt. Di Masjidil Al-Aqsa juga baginda telah mengimami solat berjemaah bersama semua nabi dan rasul sebelumnya. Kemudian dikatakan dari Al-Aqsa baginda naik ke langit bersama malaikat  Jibrail melalui tangga ghaib sehingga ke Sidratul Muntaha.


No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail