• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Penyanyi wanita digunakan untuk menghalang dakwah Rasulullah

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat 6 Surah Luqman turun berkenaan dengan seorang Quraisy yang membeli seorang biduanita untuk dijadikan sebagai alat menyesatkan manusia. Ayat ini turun sebagai ancaman kepada orang-orang yang berusaha menyesatkan manusia. 
Dalam riwayat Ibnu Abbas dinyatakan, Nadhr ibnu Harits membeli ramai penyanyi wanita dari kalangan hamba abdi. Jika dia mendengar ada seseorang tertarik kepada ajaran Nabi Muhamad S.a.w, dia akan menghadiahkan salah seorang penyanyi wanitanya kepada orang itu. Penyanyi wanita tersebut akan melayan urusan makan minum orang itu, menyuapnya dan mendendangkan lagu-lagu untuknya, sehingga orang itu tidak lagi tertarik hati kepada Islam. 

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail